Tuesday, September 19, 2017

Wonderful Yogjakarta, Day 1 Part I

sambungan dari SINI

Salam,

Selepas tiba di stesen yogjakarta, mak cik yang duduk sebelah Eija offer nak mintak tolong saudara dia hantarkan Eija ke  Jalan Malioboro. Eija bagitau Eija nak amik bus ke airport, langsung selepas discuss, mereka offer hantarkan Eija ke airport terus. Alhamdulillah, jumpa nice persons again in Indonesia after kes Eija di Terminal bus Depok. Thank youuuu so much.

Selepas sampai di airport, Eija berehat di situ sambil menunggu ketibaan kawan-kawan. Dah janji untuk jumpa di airport. Travel mate Eija kali ini ialah Ilia, Syikin, Naim & Faiz. Kami berada di Jogja selama 4 hari / 3 malam.

Selepas ketibaan mereka, gerak ke destinasi pertama kami.. Untuk makluman, shikin dah tempah pak supir. 


Kos pak supir & kereta: 500k/day (termasuk minyak,parking)



On the way ke Kalibiru, stop beli sim card dlu:



Kos simcard "SimPati": 90K (7 GB internet kuota).buat hotspot,kongsi 5 orang.



Day 1 (9/8/2017)

Kalibiru


Entrance fee: 5K /pax.

Tempat cantikkkkk. Kena pakai kasut yang sesuai sebab banyak kena jalan & naik bukit jugak. Semput jugak Eija.hahahha.Untuk makluman, ada few spots boleh amik gambar tapi kami pilih satu spot saja seperti di bawah sebab background belakang lebih kurang sahaja.

Tips:
1.Better pergi time weekdays, sebab tak tunggu lama beratur untuk tunggu turn tangkap gambar.  

2. Untuk amik gambar di spot ini dikenakan bayaran lain. Untuk spot seperti dalam gambar kami dikenakan seorang 15K IDR/pax.

3. Gambar softcopy charge harga lain. Kami amik 20 keping  (include gambar seorang & group) dikenakan 100K IDR. Kira dalam 5K IDR/photo. Jangan lupa bawa pendrive or transfer ke handphone anda.

4. Boleh jugak serahkan handphone/kamera persendirian mintak tolong tangkapkan gamabr ketika berada di atas spot ini.








Cantikkan gambar photographer depa amik


bayar di tempat yg nak amik gambar








welcome to Kalibiru

Rasa nak letak banyak lagi gambar.sebab tempat tu cantik.hahahah

Next destination: Gumuk Pasir


2 comments: